I had once given an unsolicited advise to a friend when he encountered a problem. Dunno if I managed to help him with those words..nonetheless, now I need those words back for my own purpose... here goes..
DALAM menghadapi apa juga masalah, dua asas penting perlu diyakini dan dihayati iaitu setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri seperti termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
Kedua, ketika berhadapan dengan manusia, walau siapapun mereka, kita mesti ingat bahawa manusia adalah makhluk yang tidak sunyi daripada kelemahan dan mempunyai pelbagai harapan yang tidak mungkin dipenuhi dan dicapai kesemuanya. Dalam hal ini terdapat satu ungkapan berbunyi, ‘mengharap keredaan semua manusia itu adalah satu matlamat yang tidak mungkin dicapai’.
Berlandaskan dua asas tadi, kita boleh hadapi masalah ini daripada dua perspektif iaitu pertama, melihat ke dalam. Maksudnya lihat kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Terima segala kesulitan yang dihadapi sebagai ujian. Hidup ini memang medan ujian. Ujian diturunkan sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Jika kita sabar menghadapi ujian kesusahan, dosa kita diampuni, darjat kita diangkat tinggi. Begitu juga jika kita bersyukur menerima ujian kesenangan.
Kedua, melihat ke luar. Maksudnya setiap manusia ada hak dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Jangan harapkan perubahan berlaku serta-merta. Allah amat mengetahui dan akan menunjukkan kepada kita sama ada yang baik atau buruk, sama ada kita suka atau benci.
Kadangkala kita terlalu cepat menghukum. Apabila kita mendapat berita duka, kita pantas berkata, ini tidak bagus. Tetapi benarkah itu tidak bagus? Mungkin itu bagus. Cuma kita belum tahu hikmah di sebaliknya. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita mesti mempunyai sebab. Kita lahir di dunia mempunyai sebab. Cuma kita mungkin kurang sabar. Kita mahukan jawapan atau perubahan berlaku dengan serta-merta. Kita perlu bersabar dan bijak membuat keputusan supaya tidak menimbulkan masalah pada masa depan. Hidup perlu diteruskan!
I had told someone that I believe one day he will become a successful person. I still do. And I hope he will believe in himself and have the courage that he can be the one. With positive support and encouragement from his close friends and family members, I have no doubt he will pull through whatever barriers come what may......and lead a fruitful life, the one that he is hoping to achieve, InsyAllah.
As for me...I just believe in this one song....and I am singing it every night in the bathroom, the only time that I think I have the best voice ever, .... who isn't,....hehe....
Mereka meragui. Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini. Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela....Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi. Ku percaya
Tiada sia sia aku diuji.
Demi cinta....Tersembunyi hikmahnya pasti.
Pandang-pandang alam ini. Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi. Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi. Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela. Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi. Ku percaya
Tidak sia-sia aku diuji. Tidak sia-sia aku diuji
Ada hikmahnya pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci. Dan abadi.
Ku Percaya Ada Cinta
- Dato' Siti Nurhaliza -
Tahajjud Cinta 2009
4 comments:
thx...setiap yang berlaku ada hikmahnya...InsyAllah semoga Allah tidak menjadikan saya org yang melampaui batas....amin
Amen
selamat hari raya, maaf zahir batin~
Post a Comment